Secara umum, pilihanraya merupakan peluang untuk masyarakat sesebuah negara untuk memilih wakil di kalangan mereka, dengan harapan suara serta pandangan mereka dapat diketengahkan serta dilaksanakan oleh pihak yang berwajib.
Dalam konteks politik Malaysia , pilihanraya melibatkan proses memilih wakil rakyat ke Dewan Rakyat ataupun Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN). Wakil rakyat ini dipilih daripada kawasan-kawasan yang ditetapkan dalam proses persempadanan, yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Di peringkat Parlimen, wakil rakyat yang dipilih memainkan peranan penting dalam proses penggubalan setiap dasar yang termaktub dalam perkara 74 perlembagaan persekutuan. Ia meliputi dasar berkaitan hal ehwal luar negeri, keselamatan dalam negeri, undang-undang sivil, kewangan, pelajaran serta beberapa perkara lain yang terkandung dalam jadual sembilan perlembagaan persekutuan.
Untuk seseorang wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri pula, beliau bertanggungjawab menentukan serta melaksanakan dasar kerajaan negeri sepertimana yang dinyatakan dalam senarai negeri jadual yang sama dalam perlembagaan persekutuan.
Ia meliputi dasar berkaitan dengan hal ehwal agama Islam serta adat istiadat Melayu, pengurusan hutan, pentadbiran tanah, majlis perbandaran serta tempatan serta beberapa perkara yang turut dinyatakan dalam senarai tersebut.
Untuk membolehkan wakil rakyat dipilih memainkan peranannya dengan berkesan, latar belakang pendidikan serta pengalaman calon dan interaksi calon tersebut dengan masyarakat yang diwakilinya perlu dijadikan sebagai ukuran utama. Ini untuk membolehkan wakil rakyat yang dipilih dapat menjalankan peranan dalam proses perancangan serta perlaksanaan dasar berkesan.
Meskipun banyak menghabiskan masa menghadiri sessi persidangan Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk wakil rakyat tersebut untuk mengabaikan interaksi dengan penduduk kawasan yang diwakilinya.
Selain membolehkan wakil rakyat tersebut menyelesaikan setiap masalah yang berlaku di kawasan yang diwakilinya, interaksi dua hala di antara kedua pihak membolehkan proses penggubalan serta perlaksanaan dasar dilakukan dengan lebih berkesan.
Selain menyalurkan maklumat mengenai dasar yang dilaksanakan ke peringkat akar umbi, interaksi begini dapat membantu wakil rakyat tersebut menyalurkan maklum balas serta pandangan yang diterimanya mengenai sesuatu dasar dari perspektif penduduk yang diwakilinya. Ia sekaligus membolehkan wakil rakyat tersebut memainkan peranannya selaku jurubicara rakyat dengan berkesan!

![]() |
| Sekadar Hiasan: Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Segala urusan perundangan serta penggubalan dasar sesebuah negeri dirangka di Dewan Undangan Negeri |
Untuk seseorang wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri pula, beliau bertanggungjawab menentukan serta melaksanakan dasar kerajaan negeri sepertimana yang dinyatakan dalam senarai negeri jadual yang sama dalam perlembagaan persekutuan.
Ia meliputi dasar berkaitan dengan hal ehwal agama Islam serta adat istiadat Melayu, pengurusan hutan, pentadbiran tanah, majlis perbandaran serta tempatan serta beberapa perkara yang turut dinyatakan dalam senarai tersebut.
Untuk membolehkan wakil rakyat dipilih memainkan peranannya dengan berkesan, latar belakang pendidikan serta pengalaman calon dan interaksi calon tersebut dengan masyarakat yang diwakilinya perlu dijadikan sebagai ukuran utama. Ini untuk membolehkan wakil rakyat yang dipilih dapat menjalankan peranan dalam proses perancangan serta perlaksanaan dasar berkesan.
Meskipun banyak menghabiskan masa menghadiri sessi persidangan Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk wakil rakyat tersebut untuk mengabaikan interaksi dengan penduduk kawasan yang diwakilinya.
![]() |
| Tempat duduk Ahli Yang Berhormat, Parlimen Malaysia, tempat rang undang-undang dibentang serta dirangka |